Kenapa Anak Perlu Rapat Dengan Ayah Sejak Mereka Kecil Lagi

Ternyata peranan ayah adalah amat signifikan dan tidak boleh digantikan oleh orang lain mahupun ibu.

Bapa – bapa luangkan masa bersama anak dan ketahui aktiviti anak- anak serta libatkan diri bersama mereka.

Anak Perlu Rapat Dengan Ayah Sejak Mereka Kecil Lagi Kerana :

1. Anak punya IQ Lebih Tinggi.

Bayi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah sejak kecil akan memiliki sifat lebih yakin, emosi stabil dan berani malah IQ yang lebih tinggi menyelesaikan masalah.

2. Anak cenderung menjadi berani dan konfiden.

Mereka juga lebih bersedia memulakan prasekolah serta mampu mengendalikan rasa bimbang apabila berjauhan dengan rumah.

3. Keputusan Akademik lebih baik.

Bapa yang memainkan peranan dalam aktiviti harian anak malah menyumbang perkembangan anak dalam keolehan akademik mereka di sekolah.

4. Kurang masalah tingkah laku di sekolah.

Aktiviti permainan bapa bersama anak turut mengajar anak untuk belajar bersosial dan memupuk kestabilan emosi yang baik. secara tidak langsung dapat mendisplinkan mereka.

5. Anak perempuan jadi bijak menilai lelaki.

Anak perempuan lebih berpotensi memiliki hubungan yang sihat dengan kaum lelaki pada masa akan datang kerana mereka memahami bagaimana seorang lelaki harus melayani seorang lelaki.

6. Role model kepada anak lelaki.

Mereka dapat belajar pelbagai kemahiran daripada ayahnya melalui aktiviti bersama. Malah mencontohi cara lembut yang ditunjukan ayahnya semasa melayani ibu.

PERANAN BAPA SEBENARNYA SANGAT LUAS

Apapun, setelah mengetahui pelbagai kelebihan ini, cubalah untuk lebih rapat lagi dengan si kecil. Luangkanlah masa berkualiti bersama walaupun anda sibuk bekerja. Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk turut serta dalam menguruskan anak dan melibatkan diri dalam aktiviti harian mereka.

Ternyata, peranan bapa adalah amat signifikan dan tidak boleh digantikan oleh Ibu.

Semoga Bermanfaat Kepada Kita Semua Dan Jika Berguna Sharekan Kepada Mereka Yang Memerlukan.. Selamat Beramal.. Jika Anda Menyukai Dengan Apa Yang Anda Baca? Like Dan Sharekan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*