Banyak Tertinggal Solat, Lakukanlah Ini Sebelum Menyesal

Seorang Yang Banyak Tertinggal Solat, Lakukanlah Ini Sebelum Menyesal

Soalan : Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?

Jawapan:

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلصَّلَو‌ٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)

Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.

Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum mening galkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Orang yang mening galkan kerana mengingkari hu kum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihu kum bo nohh sebagai seorang murtad dan may yatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebu mikan di tanah perko boran orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.

Sementara orang yang mening galkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan mening galkannya. Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihu kum bo nohh mengikut hu kuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan mak siat. Hal ini kerana huku man ke atas orang yang mening galkan perkara fardhu adalah wajib dipe rangi tetapi selepas di bo nohh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jena zahnya, penge bumian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.

Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Surah al-Baqarah: 286)

Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.

CARA MENGQADA SOLAT

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan.

Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”.

Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.

Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah :

Solat Maghrib
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Isyak
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Subuh
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Zuhur
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Asar
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Ada orang bertanya :

Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua caara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Caara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.

Caara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan mening gal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?

Soal jika mening gal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.

Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Semoga Bermanfaat Kepada Kita Semua Dan Jika Berguna Sharekan Kepada Mereka Yang Memerlukan.. Selamat Beramal.. Jika Anda Menyukai Dengan Apa Yang Anda Baca? Like Dan Sharekan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*